NEW YORK - Seorang pereka Amerika Syarikat (AS), Shane Chen mencipta ekasikal (basikal satu tayar) elektrik yang terkecil di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kenderaan satu tayar itu yang dinamakan Solowheel, sesuai untuk kegunaan harian atau riadah dan ia boleh dilipat supaya mudah dibawa ke mana sahaja.
Solowheel dijana motor elektrik berkuasa 1,000 watt dan memiliki kelajuan maksimum 20 kilometer sejam
Ia boleh bergerak selama dua jam dan boleh dicas semula dalam masa cuma 45 minit.
"Solowheel cuma seberat 9 kilogram dan anda tidak perlu merantainya seperti basikal," kata Chen.
Kenderaan itu dilengkapi beberapa sensor giroskop bagi memastikan ia seimbang dan stabil.
Penunggang hanya perlu mencondongkan badannya ke hadapan, kiri atau kanan untuk menggerakkan Solowheel atau mencodongkan badan ke belakang untuk memberhetikannya.
Solowheel yang berharga £975 (RM4,800) akan berada dalam pasaran pada bulan depan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan