Sabtu, Mac 12

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran



OMBAK tsunami melanda pantai di Iwanuma, utara Jepun semalam.



LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.




Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi 





10,000 penduduk berkeliaran di Tokyo


RATUSAN orang menunggu untuk menggunakan perkhidmatan awam di Tokyo, Jepun selepas gempa bumi kuat melanda timur laut negara itu semalam.



TOKYO - Lebih 10,000 penduduk kelihatan berkeliaran di jalan-jalan raya di Tokyo atau mengambil keputusan tinggal di pejabat atau stesen kereta api akibat gempa bumi terkuat yang melanda Jepun dalam sejarah moden negara itu semalam.

Gegaran pada ukuran 8.9 skala Richter itu menggegarkan pantai timur laut Jepun mengakibat berjuta-juta rumah dileluruh Jepun bergelap, rangkaian telekomunikasi ditutup dan sistem kereta api dihentikan serta-merta  menyebabkan 10 juta rakyat Jepun terkandas. Seorang pekerja restoran, Akira Tanaka, 54 merupakan antara orang awam yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumahnya yang terletak di pinggir bandar, Saitama, 20 kilometer ke utara Jepun.

Dia mengakui tidak pernah melakukan perkara tersebut (berjalan kaki pulang ke rumah) sebelum ini. 

"Saya sudah berjalan selama sejam dan 10 minit dan masih memerlukan tiga jam lagi untuk sampai. Gempa bumi seperti ini akan berlaku setiap 100 tahun," katanya.

Talian telefon sesak sekali gus menghalang sebarang panggilan dibuat termasuk khidmat pesanan ringkas.

Kegagalan menggunakan telefon bimbit menyebabkan orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam yang pada kebiasaannya lenggang.
Syarikat telekomunikasi Jepun, Nippon Telegraph dan Telephone Corp. menyediakan talian telefon untuk kecemasan dan laman web Internet untuk pengguna memberi mesej kepada keluarga.

Menurut East Japan Railways Co., perkhidmatan kereta api komuter Tokyo, kereta api bawah tanah dan kereta api had laju tinggi dihentikan, kereta api bawah tanah kembali beroperasi selepas enam jam perkhidmatan ia dihentikan. - AP


-kosmo


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas berlaku kejadian aneh di Los Angeles (rujuk berita dibawah), keesokkannya tsunami melanda Jepun~


Allah Maha Besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan