Monyet pupus ditemui semula di Borneo
JAKARTA - Sekumpulan saintis yang bekerja di hutan tebal Indonesia
menemui semula spesies monyet besar berwarna kelabu yang jarang dilihat
dan dipercayai telah pupus.
Mereka keliru menemui monyet berkenaan yang dikenali dengan nama
Miller's Grizzled Langur di luar kawasan yang menjadi habitat primat
berkenaan.
Haiwan tersebut ditemui selepas kumpulan saintis tersebut memasang
sejumlah kamera pada Jun tahun lalu dengan harapan dapat merakamkan imej
harimau bintang, orang utan dan hidupan liar lain di beberapa kawasan
di Hutan Wehea, timur Borneo.
"Kami semua sungguh gembira apabila mendapati monyet ini masih wujud
dan juga ia ditemui di Wehea," kata seorang saintis berkenaan, Brent
Loken.
Monyet yang memiliki mata sembap, hidung dan bibir merah jambu itu
suatu ketika dahulu banyak terdapat di timur laut Pulau Borneo selain
Pulau Sumatera dan Jawa serta Semenanjung Malaysia.
Namun spesies itu dipercayai pupus sejak beberapa tahun lalu selepas
banyak kawasan hutan telah diteroka untuk tujuan pertanian dan
perlombongan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan