Jumaat, Januari 13

Kasut bermotor

Cipta kasut bermotor


2012/01/13

TREADWAY menunjukkan spnKiX pada Pameran Elektronik Pengguna  di Las Vegas, baru-baru ini.
TREADWAY menunjukkan spnKiX pada Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, baru-baru ini.
spnKiX boleh bergerak 16Km sejam


PENAT berjalan kaki? Seorang pencipta dari Amerika Syarikat (AS) mencipta sepasang kasut bermotor dijana bateri dipanggil spnKiX. 

Ia adalah gabungan antara kasut ski dan kasut roda dengan tayar lebih besar, antara gajet yang dipamerkan di Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, baru-baru ini. 

Pengguna hanya menyarung papan luncur bermotor pada kasut dan boleh meluncur dengan kelajuan sehingga 10 batu sejam atau 16 kilometer (Km) sejam.


Kasut futuristik itu adalah hasil idea Peter Treadway, seorang pereka industri dari Los Angeles.

“Saya membangunkan pengangkutan yang boleh dipakai sejak tahun 1990-an tetapi hanya lapan tahun lalu saya menyedari keperluannya,” kata Treadway.

“Ketika dalam perjalanan untuk makan tengah hari, saya gagal mencari tempat meletakkan kenderaan. Justeru, terlintas di fikiran saya, mengapa tidak saya cipta sesuatu yang boleh membawa saya dari rumah ke tempat berdekatan? Dari situlah timbul idea mencipta produk menyeronokkan ini,” katanya.

Treadway berkata, setiap kasut mempunyai bateri dan motor disepadukan bagi berfungsi bersama.

Bateri yang perlu dicas semula selama dua hingga tiga jam itu membolehkan pemakainya pergi sejauh lima kilometer.

Satu alat kawalan jauh tanpa wayar bersaiz lebih kecil daripada set daun terup berfungsi sebagai pengawal kelajuan kasut berkenaan.

Beliau berkata, pengguna yang pertama kali menggunakan kasut terbabit akan mendapati ia tidak mudah digunakan tetapi tayar latihan diberi bagi memudahkan proses latihan.

“Bagi mencapai tahap kepakaran, ia mengambil masa u sehingga berjam-jam bergantung kepada individu,” katanya.

Sebahagian wang pembangunan spnKiX dikumpul melalui Kickstarter, laman web yang mengumpulkan derma bagi projek kreatif.

Treadway berkata, kasut yang dikeluarkan syarikatnya Acton Inc dipasarkan Mac ini dengan harga AS$649 (RM2,039) sepasang. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan