KAMPUNG REEMKHOLI, Nepal - Ketinggian seorang lelaki berusia 72
tahun, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa menjadi lelaki paling pendek
di dunia telah diukur oleh beberapa penduduk kampung dekat rumahnya di
sini pada Khamis lalu.
Kampung lelaki itu terletak 540 kilometer ke barat daya bandar Kathmandu.
Dia menunggu pengesahan daripada para pegawai Guinness World of Records berhubung dakwaannya itu.
Ketinggian lelaki itu cuma 56 sentimeter dan punca dia kelihatan rendah masih menjadi misteri.
Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sentimeter. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan