Isnin, Februari 13

Puluhan ribu protes pakatan anticetak rompak

Puluhan ribu protes pakatan anticetak rompak
Wartawan Sinar Harian
13 Februari 2012
Puluhan ribu protes pakatan anticetak rompak
BERLIN - Puluhan ribu penunjuk perasaan di seluruh Eropah, kelmarin melakukan protes membantah pakatan terhadap anticetak rompak dalam talian yang didakwa akan menyekat kebebasan Internet.

Kira-kira 41,000 orang termasuk 16,000 di Munich dan 10,000 di Berlin turut menolak Perjanjian Perdagangan Antipemalsuan (Acta) yang telah dirundingkan antara 27 negara Kesatuan Eropah (EU) dan 10 negara lain.

Kebanyakan daripada mereka memakai topeng Guy Fawkes (simbol penggodam Anonymous) sambil berarak melaungkan slogan ‘Hentikan Acta’ di beberapa bandar utama di negara rantau Eropah yang diharap dapat menggagalkan usaha EU.

Bulan lalu, laman ensiklopedia dalam talian, Wikipedia turut memprotes cadangan pelaksanaan Akta Hentikan Cetak Rompak Dalam Talian (Sopa) dan Akta Perlindungan Harta Intelek (Pipa) dengan menutup laman dalam versi bahasa Inggeris mereka selama 24 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan