Jumlah penguin di Antartika berganda
15 April 2012
LONDON - Bancian pertama terhadap bilangan penguin
di Antartika mencecah 600,000 ekor iaitu dua kali ganda jumlah yang
dianggarkan sebelum ini.
Namun begitu, dengan menggunakan imejan satelit
terkini, pakar-pakar sains menemukan sebanyak 44 koloni penguin jenis
maharaja di situ, yang antaranya sebanyak tujuh lagi koloni yang tidak
dikenal pasti selain beberapa koloni yang sedia ada semakin membesar
daripada jangkaan.
Saintis mengakui amat sukar untuk menganggarkan
jumlah spesies burung akuatik itu tanpa satelit kerana mereka hidup pada
suhu -50 darjah Celsius dan berkoloni di kawasan lautan ais yang
terpencil.
Jabatan Tinjauan Antartik Britain mengharapkan
dengan jumlah tepat bilangan penguin iaitu sebanyak 595,000 ekor
berbanding dengan anggaran sebelumnya iaitu sebanyak 270,000 ekor dan
350,000 ekor akan membantu menguruskan pemuliharaan dan mengesan
perubahan iklim.
Penguin maharaja merupakan spesies terbesar di
antara penguin, dan hidup di kawasan paling dingin di pedalaman dan
merupakan satu-satunya baka yang mampu melalui musim sejuk terlampau di
Antartika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan