Pesawat solar rentas padang pasir
RABAT, Maghribi - Sebuah pesawat yang menggunakan tenaga solar
berjaya menamatkan penerbangan merentasi padang pasir di Maghribi
semalam selepas berlepas dari Rabat kelmarin.
Pesawat buatan Switzerland, Solar Impulse yang dikendalikan seorang
juruterbang, Andre Borschberg selamat mendarat di Ouarzazate, Maghribi
26 minit selepas tengah malam.
Ia merupakan pengembaraan peringkat akhir Borschberg, 59, yang
bermula dari negara asalnya, Switzerland sebelum terbang ke Sepanyol dan
berakhir di Maghribi.
"Pengembaraan kami menunjukkan terdapat cara lain untuk menjimatkan tenaga, menyelamatkan alam sekitar serta planet," katanya.
Saiz sayap pesawat berteknologi tinggi itu menyamai panjang pesawat
komersial Airbus A340. Namun, ia ringan seperti sebuah kereta.
Pesawat yang berada lebih 17 jam di udara itu dipacu empat motor
elektrik yang dijana oleh 12,000 sel solar pada kedua-dua sayapnya. -
AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan