Rabu, Disember 8

Penawar Untuk Memulihkan Organ Putus?


HAIWAN salamander Axolotl boleh memulihkan organ tubuhnya yang putus.



HANOVER - Anggota badan dan organ manusia yang kudung boleh tumbuh semula pada masa depan setelah sekumpulan saintis di Jerman semakin hampir membongkar rahsia bagaimana haiwan salamander menumbuhkan semula kakinya yang putus atau memulihkan organnya yang tercedera, lapor sebuah akhbar semalam

Kumpulan saintis Sekolah Perubatan Hanover di sini sedang mengkaji haiwan salamander Axolotl yang hidup di Mexico.

Mereka berjaya mengasingkan gen amfibia itu yang berfungsi menumbuhkan semula organnya dengan harapan gen berkenaan dapat digunakan untuk menumbuhkan organ manusia kelak.

"Proses penyembuhan haiwan salamander Axolotl berlaku dalam sekelip mata," kata seorang saintis kumpulan itu Björn Menger yang disiarkan dalam majalah tempatan, Spiegel pada minggu ini.
"Anda dapat menyaksikan sendiri proses penyembuhan itu berlaku," tambahnya.

Selain anggota badan, ia juga dapat memulihkan kecederaan pada otak dan saraf tunjangnya sekali gus meningkatkan harapan pesakit yang lumpuh untuk kembali berjalan. - Agensi

-------------------------------------------------------------------------------------

Subhanallah, Tuhan yang menciptakan hidupan dibumi ini bukan sia2 ada tujuannya antara satu sama lain.
Adakah ini bermakna salamander ni menggunakan bisanya sebagai penawar atau secara sendirinya tumbuh atau sembuh pada anggota badannya yg tercedera?


Salamander ni banyak jenis, ada yg besar,kecik dan salamander yg saintis dok kaji ni namanya salamander axolotl, telinga mcm rumpai laut...apa2 pun good luck,semoga kajian menemui kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan