VIENNA - Sejumlah penduduk duduk dan bermain di atas sebatang jalan
raya yang diletakkan hamparan rumput di bandar raya ini kelmarin.
Hamparan rumput itu diletakkan oleh beberapa kumpulan alam sekitar
bagi meraikan Hari Tanpa Kereta Sedunia yang diraikan pada setiap tahun.
Para aktivis alam sekitar kemudian bergambar dengan membawa pelbagai
sepanduk yang menentang kesesakan jalan raya di bandar raya ini.
Mereka menyekat sebatang jalan raya yang sibuk dengan meletakkan
hantaran rumput tersebut di sebatang jalan raya yang sibuk di bandar
raya ini. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan