BERLIN, Jerman - Orang ramai tidak lagi perlu memilih sama ada mahu
berkhemah atau belayar ketika pergi bercuti selepas seorang pereka
Jerman, Daniel Straub mencipta karavan yang boleh bertukar menjadi
sebuah bot, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Karavan yang diberi nama Sealander itu ditarik kenderaan lain di atas
jalan raya tetapi ia dipandu secara berasingan dengan menggunakan
sebuah motor elektrik apabila berada di dalam air.
Selain dua tempat tidur, karavan, Sealander turut dilengkapi sebuah dapur, tandas dan meja makan.
Straub yang mengambil masa dua tahun untuk menguji karavan ciptaannya
sebelum ia memasuki fasa pengeluaran memberitahu: "Mereka yang pergi
bercuti boleh berkhemah pada malam hari dan pada waktu siang, mereka
boleh belayar di tasik untuk aktiviti memancing".
Karavan unik itu dijadualkan memasuki pasaran tahun depan pada harga £13,000 (RM63,495). - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan