Jumaat, Disember 24

Sudah cat baru, mungkin akan tukar signboard pulak

Ahad, Disember 12

Mengenali Brek Disk atau Brek Cakera



Pandangan dekat brek cakera kereta.
Brek cakera pada kereta biasanya tersembunyi di dalam roda.


Brek cakera adalah sejenis alat bagi memperlahankan atau menghentikan putaran roda kenderaan. Cakera brek (juga dipanggil rotor) biasanya diperbuat daripada besi tuang ataupun komposit seramik (termasuklah karbon, kevlar dan silika) serta disambungkan pada roda dan/atau gandar. Untuk menghentikan roda, bahan geseran dalam bentuk kasut brek (dipasang pada angkup brek) dikenakan daya secara mekanikal, hidraulik, pneumatik atau elektromagnet pada kedua-dua bahagian cakera. Geseran menyebabkan cakera dan roda yang disambungkan diperlahankan atau dihentikan.

Lazimnya, boleh dikatakan brek hadapan bagi kesemua kereta moden dan kebanyakan motosikal moden menggunakan brek cakera. Kini brek cakera turut digunakan pada go-kart dan juga basikal.

  • Cakera brek - cakera berputar yang disambungkan pada roda. Ada cakera brek yang mempunyai sirip haba bagi membuang haba berlebihan daripada cakera. Selain itu, terdapat juga cakera brek yang berlubang, bertujuan menambah luas permukaan cakera yang terdedah pada udara untuk menyejukkannya dengan lebih cepat.
  • Angkup brek - menempatkan omboh brek dan kasut brek. Bagi reka bentuk brek cakera angkup terapung, angkup brek turut bergerak akibat tekanan hidraulik atau mekanikal bagi menyeimbangkan dengan daya yang dikenakan pada omboh, dan seterusnya angkup turut bertindak mengenakan daya geseran pada satu lagi permukaan cakera.
  • Omboh - menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga kinetik, yang digunakan untuk mengenakan daya kepada kasut brek dan seterusnya ke cakera brek.
  • Kasut brek - bahan geseran bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan cakera.

Jenis brek cakera

 

Brek cakera basikal mendaki bukit



Reka bentuk brek cakera secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis:-

  • Angkup tetap - Angkup dibolkan atau diskrukan terus pada sistem gantungan untuk mengelakkan angkup daripada bergerak. Daya membrek dikenakan pada kedua-dua belah cakera melalui beberapa omboh di kedua-dua belah angkup. Reka bentuk ini popular pada kenderaan perlumbaan seperti motosikal sport dan kereta sport.

  • Angkup terapung - Angkup disambungkan pada sistem gantungan tetapi angkup masih boleh bergerak kerana dipasang pada satu pin pemandu. Tidak seperti jenis angkup tetap, kasut brek pada sebelah bahagian cakera dipasang pada angkup dan bukan pada omboh seperti pada permukaan cakera yang satu lagi. Lebihan tekanan hidraulik yang dikenakan pada omboh seterusnya dikenakan pada angkup, menyebabkan daya membrek pada sebelah bahagian cakera dikenakan oleh omboh manakala sebelah lagi oleh angkup.

  

Sejarah

Brek cakera mula digunakan di England pada dekad 1890an; kereta pertama yang menggunakan brek cakera dipatenkan oleh Frederick William Lanchester di kilang Birminghamnya pada tahun 1902, walaupun setelah setengah abad barulah ciptaannya diterima pakai umum.

Brek cakera gaya moden mula muncul pada kereta Crosley Hotshot yang dikeluarkan dengan jumlah terhad pada 1949, walaupun pengeluarannya dihentikan pada tahun 1950 kerana masalah reka bentuk.Chrysler Imperial juga menawarkan brek cakera dari tahun 1949 sehingga 1953, walaupun ia turut disertakan dengan dua plat tekanan kitaran penuh, mengembang dalam. Brek cakera yang boleh diharap dibangunkan di UK oleh Dunlop dan mula tampil pada tahun 1953 pada kereta lumba Jaguar C-Type. Kereta Citroën DS 1955, dengan brek cakera berkuasa, dan Triumph TR3 1956 adalah kereta Eropah pertama yang menggunakan brek cakera moden. Kereta pengeluaran pertama yang menggunakan brek cakera hadapan dan belakang ialah Austin-Healey 100S pada tahun 1954. Kereta pengeluaran Amerika seterusnya yang menggunakan brek cakera adalah Studebaker Avanti1963(pilihan pada model Studebaker yang lain), peralatan wajib pada kereta Rambler Marlin 1965 (pilihan pada model AMC yang lain), dan Chevrolet Corvette Stingray (C2) 1965.

Brek cakera menawarkan kuasa membrek yang lebih baik daripada brek gelendong, termasuk ketahanan daripada "kepudaran brek" yang disebabkan komponen brek yang terlampau panas, serta mampu pulih dengan cepat setelah terendam di dalam air (brek yang basah adalah kurang berkesan). Tidak seperti brek gelendong, brek cakera tiada kesan servo sendiri dan daya membrek sentiasa berkadaran dengan tekanan pada injak atau tuas brek.

Terdapat banyak penggunaan awal brek cakera kereta yang ditempatkan pada bahagian dalam aci pacuan, berhampiran gear pembeza, tetapi kebanyakan brek kereta hari ini terletak tersembunyi di dalam roda.
Brek cakera paling popular pada kereta sport pada awal pengenalannya, memandangkan kenderaan tersebut amat memerlukan kuasa membrek yang tinggi. Kini brek cakera menjadi lazim pada kebanyakan kereta penumpang, walaupun masih banyak model kereta (khususnya kereta kecil) yang menggunakan brek gelendong belakang bagi mengurangkan kos serta berat di samping mempermudahkan rekaan brek tangan.


 Sumber : wikipedia bahasa melayu

Rabu, Disember 8

Penawar Untuk Memulihkan Organ Putus?


HAIWAN salamander Axolotl boleh memulihkan organ tubuhnya yang putus.



HANOVER - Anggota badan dan organ manusia yang kudung boleh tumbuh semula pada masa depan setelah sekumpulan saintis di Jerman semakin hampir membongkar rahsia bagaimana haiwan salamander menumbuhkan semula kakinya yang putus atau memulihkan organnya yang tercedera, lapor sebuah akhbar semalam

Kumpulan saintis Sekolah Perubatan Hanover di sini sedang mengkaji haiwan salamander Axolotl yang hidup di Mexico.

Mereka berjaya mengasingkan gen amfibia itu yang berfungsi menumbuhkan semula organnya dengan harapan gen berkenaan dapat digunakan untuk menumbuhkan organ manusia kelak.

"Proses penyembuhan haiwan salamander Axolotl berlaku dalam sekelip mata," kata seorang saintis kumpulan itu Björn Menger yang disiarkan dalam majalah tempatan, Spiegel pada minggu ini.
"Anda dapat menyaksikan sendiri proses penyembuhan itu berlaku," tambahnya.

Selain anggota badan, ia juga dapat memulihkan kecederaan pada otak dan saraf tunjangnya sekali gus meningkatkan harapan pesakit yang lumpuh untuk kembali berjalan. - Agensi

-------------------------------------------------------------------------------------

Subhanallah, Tuhan yang menciptakan hidupan dibumi ini bukan sia2 ada tujuannya antara satu sama lain.
Adakah ini bermakna salamander ni menggunakan bisanya sebagai penawar atau secara sendirinya tumbuh atau sembuh pada anggota badannya yg tercedera?


Salamander ni banyak jenis, ada yg besar,kecik dan salamander yg saintis dok kaji ni namanya salamander axolotl, telinga mcm rumpai laut...apa2 pun good luck,semoga kajian menemui kejayaan.

Jelajah Lasak Dua Roda

27 APRIL 2010
saphilla.isa@kosmo.com.my

ZULNIZAM bersama dua anak didiknya iaitu Muhd. Shafiq (kiri) dan kakaknya Nursuhana Harissupriono (kanan). 


SEJAK empat tahun mengabdikan diri dalam sukan berbasikal, model yang satu itulah peneman setia Zulnizam Shahrani, 32.

Basikal gunung jenis LeRun itu hanya dibeli Zulnizam pada harga RM700, tetapi ia masih elok dan kuat walaupun telah ‘diuji’ di pelbagai jenis permukaan dan laluan berliku.

“Saya tidak menganggap sukan ini mahal. Dengan basikal yang murah juga saya buktikan boleh meneruskan minat berbasikal,” katanya mengenai harga basikal gunung yang boleh mencecah sehingga RM30,000 sebuah.

Jejaka dari Taiping, Perak itu secara perlahan-lahan menambah baik basikalnya dengan memperuntukkan sebanyak RM2,000.

“Jika saya ada duit lebih, saya ubah suai sedikit demi sedikit basikal saya. Antara yang telah diubah suai adalah tayar, rim, dan suspension mengikut jenis kayuhan yang dilakukan iaitu sama ada di bukit atau jalan biasa.

“Jika merentas hutan atau bukit, kebiasaan ukuran suspension yang digunakan pada basikal ini kurang daripada 4.5 inci. Basikal yang dirangka adalah mengikut ketahanan, dan lazimnya mengambil kira faktor berat dan kelajuan yang dimahukan,” katanya.

Anak kelima daripada lapan beradik yang pernah melibatkan diri dengan sukan pacuan empat roda dan motocross itu memang sukakan cabaran. Dia juga suka mencuba sukan yang baru. Walaupun Zulnizam kini lebih berfokus kepada sukan basikal gunung, namun dia masih menyertai rakan-rakannya dalam sukan pacuan empat roda dan motocross.

Menurutnya, aktiviti basikal gunung banyak memberi kelebihan kepada peminatnya. Ia bukan sahaja dapat membina kekuatan fizikal tetapi juga dapat menguatkan mental.

“Ia juga banyak memberi kelebihan dari segi kesihatan. Apa yang saya nampak orang yang mengalami strok di peringkat awal boleh pulih jika selalu mengikuti latihan mengayuh basikal,” ujarnya.
Melalui minatnya itu, Zulnizam menubuhkan kelab basikal gunung Selangormtb.com di bawah syarikat miliknya iaitu ADZ Auto Engineering. Dia menganjurkan kelab itu kerana ingin menarik minat anak muda menyertai sukan berbasikal.

Selain itu, Zulnizam yang bukan asing dalam pertandingan seperti Nibong Tebal Challenge dan Putrajaya Challenge Park itu memberitahu, di Selangor tidak banyak kelab yang memfokuskan sukan berbasikal berbanding di negeri lain.



ZULNIZAM suka berkongsi cara-cara membaiki basikal yang mengalami kerosakan.


“Syarikat ADZ sebelum ini lebih berfokuskan automotif, kini ia lebih kepada sukan basikal gunung. Atas minat terhadap sukan ini, saya menghasilkan program-program seperti Selangor Mountain Bike Challenge kepada peminat-peminat sukan ini,” jelasnya yang turut mengajar anaknya, Khasyaf Zulnizam, 10, melibatkan diri dalam aktiviti itu.

Kini, Selangormtb.com sudah menghimpunkan seramai 30 orang ahli kelab dengan kebanyakan daripadanya terdiri daripada rakan-rakan yang dikenali semasa Zulnizam melakukan latihan kayuhan.

Lokasi yang dimaksudkan itu adalah seperti di Saujana Utama, Sungai Buloh; Puncak Alam, Kuala Selangor; Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan Putrajaya Challenge Park, Putrajaya.

Zulnizam selalunya akan membuat tinjauan tempat kayuhan terlebih dahulu sama ada selamat atau tidak sebelum melakukan program kayuhan hujung minggu kelabnya.

Bercakap tentang kenangan tertentu yang pernah dilalui sepanjang penglibatannya dalam sukan ini, Zulnizam memberitahu, ada beberapa insiden yang tidak dapat dilupakannya

“Selain insiden jatuh basikal yang sudah menjadi perkara biasa, saya pernah tersesat dalam hutan simpan Taiping semasa berkayuh dengan rakan-rakan. Saya tersalah haluan dan hampir dua jam mencari jalan keluar.
“Walaupun penat mengayuh tetapi saya tetap cuba mencari jalan keluar sebelum malam.

“Dalam pada itu, saya terfikir bagaimana kalau basikal saya rosak dan sebagainya,” katanya yang bersyukur apabila akhirnya ‘ujian’ tersebut berjaya dilepasinya.

Isnin, Disember 6

Pengasas WikiLeaks mahu dedah fail UFO




LONDON - Pengasas laman WikiLeaks, Julian Assange (gambar) memberitahu bahawa satu kabel diplomatik yang akan didedahkannya adalah berkaitan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO).

Assange yang berasal dari Australia yang dikehendaki oleh polis Interpol berhubung dakwaan rogol dan serangan seksual di Sweden menyatakan terdapat rujukan mengenai kehidupan makhluk asing yang belum disiarkan.

Menurutnya, fail itu diperoleh daripada pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Beliau sebelum ini menggegarkan dunia diplomatik apabila mendedahkan lebih 200,000 maklumat rahsia kedutaan AS.

Maklumat itu turut mengandungi penilaian oleh pegawai-pegawai AS terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dunia.

Rahsia itu turut mendedahkan senjata nuklear AS selain menyebabkan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton membuat penjelasan bahawa pendedahan maklumat tersebut tidak akan menjejaskan hubungan AS dengan negara-negara di dunia. 

Sementara itu, peguam Assange, Mark Stephens memberitahu bahawa usaha untuk menangkap anak guamnya itu atas dakwaan serangan seksual sebenarnya bermotifkan politik.

Pada Jumaat lalu, Assange mendedahkan dalam satu sembang di Internet bahawa beliau telah meningkatkan kawalan keselamatan selepas menerima ancaman bunuh. - Agensi


----------------------------------------------------------------------------------------------------
wow..makin lama, makin byk pulak pendedahan yg akan dibongkarkan oleh wikileaks. Siapa xkenal dgn pengasasnya yg sebelum ni pernah mengemparkan dunia dgn pdedahan fail2 jenayah perang tentera amerika. Kini nak bongkarkan pasal alien atau UFO pulak, kewujudan makhluk asing ni pernah sebelum ni menjadi tajuk pbincangan hangat sy dgn rakan2 di forum. Rata2 rakan2 bpendapat bahawa alien atau UFO ni hanyalah propaganda amerika yg cuba menakut2kan masyarakat dunia dgn pelbagai cerita yg kononnya alien akan turun dan menyerang manusia,padahal ia hanya rekaan dan alat tentera amerika yg dirahsiakan. Jadi, mcm mana pulak dgn pendedahan yg akan dibuat oleh pengasas wikileaks ni? Adakah ia jugak berupa bentuk propaganda amerika?...jika mengikut sejarah, kapal yg berbentuk UFO itu pernah menjadi pelan rekaan tentera Nazi. Hanya Allah yang tahu.

Ahad, Disember 5

Tasik ‘darah’ ditemui di Sumatera Selatan

 


TASIK merah di hutan Raje Mandare, Sumatera Selatan, Indonesia.



sumatera selatan - Merah bak darah! Itulah warna permukaan sebuah tasik seluas enam hektar yang ditemui sekumpulan penduduk tempatan dan peminat paranormal di Pagar Alam di sini, lapor akhbar Kompas semalam.

"Kami bersama rombongan 21 orang melakukan ekspedisi di kawasan Rimbacandi dengan menyusuri tebing, hutan, dan bukit bukau selama dua hari untuk sampai ke lokasi tasik merah itu," kata Asmidi, seorang penduduk tempatan.

Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.
"Anehnya, walaupun permukaan tasik ini merah, airnya pula jernih ketika dicedok keluar dengan menggunakan tapak tangan," kata Asmidi.

Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya. - Agensi

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak seram dan maut le tasik ni, nak mandi pun tak sanggup..huhuh

Kenapa dinamakan Raja Mandare?info tentang Raja ni memang tak jumpa pon, mungkin hilang begitu je sejarahnya. Mengikut sejarah, Sumatera Selatan ni tempat kekuasaan kerajaan Palembang dahulu..Waallahualam

Sabtu, Disember 4

Peluang berkayuh di LTdL 2011



MUHAMAD RAUF antara pelumba yang berpeluang cerah mewakili Malaysia pada LTdL 2011.



SIRI Grand Prix (GP) Berbasikal Kebangsaan pusingan kelima di Kuala Selangor hari ini membawa makna sangat penting kerana pemenang kejohanan itu mungkin meraih tiket secara automatik untuk berkayuh pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 yang dijadualkan bermula pada 23 Januari hingga 1 Februari tahun depan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abdul Wahab menjelaskan, Jawatankuasa Pemilihan Pelumba ke LTdL 2011 mempunyai kriteria tertentu untuk memilih pelumba dan kayuhan konsisten adalah elemen penting dalam membentuk pasukan kebangsaan Malaysia yang bakal berkayuh pada kejohanan edisi ke-16 itu.

Difahamkan, Jawatankuasa Pemilihan Pelumba ke LTdL 2011 sedang memantau secara serius corak persembahan beberapa pelumba kebangsaan khususnya Mohamad Rauf Nur Misbah yang muncul juara Grand Prix Sarawak serta Mohamad Nur Rizuan Zainal.

"Secara kasarnya kita akan adakan siri ujian khas untuk memilih enam pelumba yang bakal berkayuh pada LTdL 2011.

"Bagaimanapun, kita juga mempunyai banyak kriteria dalam membentuk pasukan bagi menghadapi sesuatu kejohanan besar seperti LTdL 2011.

"Dalam hal ini, saya dimaklumkan bahawa Muhammad Nur Rauf dan Muhammad Nur Rizuan adalah dua pelumba yang sangat konsisten dalam sesi latihan sejak Oktober lalu.
"Jadi kita perlu berlaku adil dan meletakkan pelbagai aspek serta kriteria sebelum menamakan barisan ke LTdL 2011," katanya.

Dua hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2011, Mohamed Salleh mengesahkan bahawa pasukan lebuh raya sudah pun menerima jemputan rasmi berkayuh pada kejohanan yang bakal bermula di Pulau Langkawi pada 23 Januari tahun depan bersama Afrika Selatan dan Korea Selatan.

Menyentuh mengenai siri GP Selangor, Abu Samah yang juga Naib Presiden Persatuan Berbasikal Asia (ACC) mengharapkan semua pelumba akan mempamerkan kayuhan mantap bagi merebut hadiah lumayan yang bakal menanti mereka di Siri GP Final di Melaka pada 26 Disember ini.

"Hadiah keseluruhan Siri GP Final telah pun ditetapkan sebanyak RM4,000 untuk pelumba yang muncul juara.

"Jumlah ini lumayan dan paling penting, juara keseluruhan mungkin menerima tiket berkayuh di LTdL 2011," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Siri GP Selangor, Amrun Misnoh menjelaskan, pihaknya telah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi perlumbaan di Kuala Selangor esok.
"Setakat ini tiada sebarang masalah yang kita hadapi dan kita bersedia untuk menganjurkan Siri GP paling berjaya selepas Kedah, Johor, Terengganu dan Sarawak," katanya.

Pelumba Selangor, Sarham Miswan masih mendahului kutipan mata Siri GP Kebangsaan setakat ini.