Sejarah


Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 [1] di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.





Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885 [2], walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).

Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.

Basikal Moden yang dimajukan

Kegunaan

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan, umpamanya sebagai:

* mainan kanak-kanak
* rekreasi dan kesihatan dewasa
* pengangkutan harian
* sukan lumba basikal
* pelancongan basikal
* bahan asas untuk gimnasium statik atau versi perkakas kesihatan rumah.

Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk tentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. Tema yang berulang-ulang dalam menunggang basikal ialah perasaan cemas antara penunggang basikal dan pemandu kereta, dengan setiap kumpulan menuntut bahagian yang adil untuk jalan raya dunia.


Spring Penyerap Hentakan atau ABSORBERS

Spring penyerap hentakan depan/absorbers/fork moden

Spring penyerap hentakan/Absorbers tengah/belakang


Basikal moden kini telah dilengkapi dengan spring penyerap hentakan bagi memberi keselesaan kepada penunggang basikal dan memudahkan penunggang basikal melalui jalan yang berliku atau berlubang apabila melakukan aktiviti lasak. Spring penyerap hentakan dipasang dibahagian depan dan belakang, dimana fork dibahagian depan dilengkapi/diubahsuai dengan spring penyerap hentakan serta dibahagian tengah/belakang rangka basikal dipasang dengan spring hentakan yang boleh dilaraskan,iaitu pada tahap tegang atau lembut. Ada juga basikal yang hanya dipasangkan spring penyerap hentakan dibahagian depan sahaja.
-Neo Cycle Enterprise


Contoh basikal yg telah siapa dipasang absorbers






GEAR BASIKAL

Sesebuah basikal juga memerlukan satu sistem transmisi bagi memindahkan kuasa daripada punca kuasa (kaki manusia) kepada roda, sebagaimana kenderaan lain seperti kereta, motosikal, lori dan bas. Sistem gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal moden, bermula daripada terciptanya basikal keselamatan pada akhir kurun ke-19.

Sepintas lalu

Sebelum terciptanya basikal keselamatan pada akhir kurun ke-19, basikal penny-farthing dengan roda hadapan yang besar menjadi popular. Tangkai engkol kaki basikal berkenaan terletak terus di bahagian roda hadapan dan saiz roda hadapan menjadi penentu utama kelajuan maksimum basikal berkenaan.
Sungguhpun demikian, saiz roda yang terlalu besar menjadikan basikal sedemikian agak berbahaya serta sukar ditunggang oleh penunggang yang bertubuh kerdil. Oleh demikian, basikal keselamatan dicipta pada tahun 1885 dan basikal tersebut adalah basikal pertama yang menggunakan pacuan rantai dan gegancu. Sejak itu, basikal keselamatan mula menjadi piawaian kepada reka bentuk basikal moden.
Ramai orang menganggap gegancu basikal sebagai “gear” walaupun istilah sedemikian sebenarnya kurang tepat, oleh yang demikian nisbah gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal. Namun demikian, tidak semua basikal yang menggunakan pacuan rantai; terdapat juga basikal yang menggunakan pacuan aci dan gear.

JENIS TRANSMISI


1. Gegancu tetap



Basikal BMX serta basikal lumba bergegancu tetap hanya mempunyai satu nisbah gear sahaja, iaitu pacuan lebih (kurang gerakan kaki diperlukan untuk kelajuan yang lebih tinggi). Dengan itu, penunggang dapat menunggang dengan pantas di jalan raya yang rata serta apabila menuruni bukit dengan hanya memerlukan daya kilasan yang sama seperti daya yang diperlukan oleh pejalan kaki biasa. Namun demikian, penunggang akan menghadapi kesukaran untuk mendaki bukit memandangkan daya kilasan yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada daya yang diperlukan oleh seorang pejalan kaki biasa. Oleh itu, sistem gear basikal boleh ubah direka bagi semua keadaan jalan.


2. Gear penggelungsur




Kebanyakan basikal lumba serta basikal mendaki bukit menggunakan gear penggelungsur untuk membolehkan basikal digunakan di semua keadaan jalan sama ada rata, mendaki bukit atau menuruni bukit. Terdapat dua set gegancu berlainan saiz bagi menyediakan nisbah gear yang berbeza dan dikendalikan oleh dua set tuas tangan. Penggelungsur akan menggerakkan rantai sehingga tergelincir ke gegancu pilihan. Penegang rantai turut digunakan dalam sistem ini bagi membolehkan penukaran gear tetapi dalam masa yang sama memastikan tegangan rantai yang betul.


3. Gear hab



Gear hab menggunakan satu set gear planetari kecil yang serupa seperti yang digunakan dalam transmisi automatik bagi menyediakan beberapa nisbah gear yang sesuai, teletak pada satu hab kecil pada roda belakang.



Sumber: Wikipedia