Ahad, Ogos 21

Kekejangan Otot atau Kaki Cramp


Apabila berlakunya kekejangan otot, bahagian kaki anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk secara mengejut. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh atau kaki akan merasa menegang disertai rasa sakit. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang.




Punca berlaku kekejangan adalah kerana :-

1. Elektrolit dlm badan tidak seimbang- Kekurangan mineral atau glukosa didalam badan.
2. Otot menjadi lesu- Terlalu lama melakukan senaman atau berkayuh bagi yang berbasikal.


Pisang sumber yg baik sebelum senaman
Pencegahan kejang otot
  • Lebihkan meminum air dan cecair lain seperti air isotonik

    Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium (pisang) dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.


    Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.




    Sapukan minyak panas atau minyak khas pada bahagian kaki yg kejang untuk melegakan kembali otot yang sakit dgn cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki kearah badan,diikuti dengan urutan perlahan2 pada tapak kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan