Selasa, Oktober 18

Asal Basikal Lipat



Itali Bersaglieri semasa Perang Dunia I dengan basikal lipat yang diikat di belakang mereka. Tahun 1917.


Kepentingan basikal dalam misi ketenteraan timbul pada tahun 1890-an,Tentera Perancis dan beberapa tentera lain telah dikerahkan menggunakan basikal lipat untuk kegunaan infantri.Pada tahun 1900, Mikael Pedersen telah membangunkan versi basikal lipat bernama Pedersen. Ia digunakan oleh Tentera British ketika Perang Boer Kedua, beratnya lebih kurang 15 kg, dilengkapi beg senapang dan mempunyai roda bersaiz 24 inci.

 Basikal Lipat BSA Airborne British


Basikal Lipat BSA Airborne British telah digunakan dari 1939-1945 dalam Perang Dunia Kedua oleh pasukan payung British. Basikal lipat ini telah dicipta kerana saiz yang kecil dan mudah diangkut diperlukan untuk membolehkan tentera melakukan terjunan menggunakan payung dari kapal terbang. Basikal telah digunakan oleh pasukan payung British pada pendaratan D-Day dan pada Pertempuran Arnhem. Basikal Lipat dapat berubah saiz dengan ciri-ciri lipatan termasuk wingnuts dan engsel untuk lipatan bingkai rangka, wingnut untuk mengubah hendal dan juga melipat pedal.


Basikal Lipat BSA Airborne British

Tiada ulasan:

Catat Ulasan