Polis Jerman bertempur dengan ribuan orang halang gerabak nuklear
2011/11/28
DANNENBERG: Polis Jerman bertempur dengan ribuan aktivis anti
nuklear pagi tadi dengan kebanyakannya mengikat diri di atas landasan
kereta api
yang menyebabkan kelewatan jadual perjalanan apabila mereka cuba menghalang gerabak yang membawa sisa radioaktif.
Konvoi yang membawa sisa radioaktif berkenaan sejauh 1,200 kilometer
dari barat laut Perancis ke tempat simpanan di utara Jerman, Lemgrabe
iaitu kira-kira 30 kilometer dari destinasi terakhir iaitu Dannenberg.
Selepas berhenti selama 18 jam termasuk bermalam, akibat daripada
bantahan itu, kereta api berkenaan hanya menamatkan perjalanan sejauh 30
kilometer dalam tempoh empat jam. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan