Ahad, November 21

Apabila Buku bertemu Ruas

Hari ni taknak cerita tentang basikal,cari kelainan pulak. Ada satu cerita menarik dalam dunia haiwan..nilah ceritanya dibawah, bile buku bertemu ruas...seekor gajah yang berani dan gagah melawan kejahatan..hehehe

 

Ibu gajah berlawan dengan buaya


SEEKOR buaya berpaut pada belalai ibu gajah.



LUSAKA - Seekor ibu gajah menunjukkan tekadnya berlawan dengan seekor buaya yang menarik belalainya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar menyiarkan detik-detik ibu gajah itu mengheret buaya tersebut dengan kuat ke tebing Sungai Luangwa di Taman Negara Luangwa Selatan di Zambia baru-baru ini.

Buaya itu akhirnya terpaksa melepaskan belalai daripada mulutnya kerana ibu gajah tersebut mengheretnya ke tebing sungai.

Ketika kejadian, gajah itu sedang minum air bersama seekor anaknya. - Agensi

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk kepastian, mari kita temuramah buaya tu;

Wartawan tak bertauliah : Encik Buaya,kau apa hal pergi gigit hidung gajah tu?

Kata Encik Buaya :

RELAKS LAH BRO!...GUA DAH LAPAR SANGAT BEB!

Wartawan tak bertauliah : Blah la wei..haha


PENGAJARANNYA :
Jangan sangka sungai yang tenang tak ada buaya ^^!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan