Selasa, November 30

PKBM diarah cari pakar bukit



RAUF (kanan) antara pendaki yang dikenal pasti akan enggalas cabaran negara pada LTdL 2011.


SELEPAS gagal pada pendakian Genting Highlands tahun lalu, pengurusan kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 sekali lagi mendesak Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) agar segera menyediakan barisan pelumba terkuat untuk mengharumkan nama negara pada perlumbaan edisi ke-16 itu tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2011, Mohamed Salleh mahu PKBM segera melipatgandakan usaha mencari sekurang-kurangnya tiga pelumba yang kuat untuk pendakian ke Genting Highlands dan Cameron Highlands bagi memastikan pasukan kebangsaan Malaysia berada dalam kelompok 10 teratas pada klasifikasi pasukan keselu- ruhan.

“Saya difahamkan mereka (persatuan) telah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua pelumba iaitu Muhammad Rauf (Nur Mis- bah) dan Muhammad Nur Rizuan (Zainal).

“Saya dimaklumkan yang Muhammad Rauf menang ujian kelayakan pertama ke Genting Higlands manakala Muhammad Nur Rizuan muncul juara ujian kelayakan kedua.

“Bagi pihak pengurusan LTdL 2011, saya gembira kerana persatuan telah buat persia- pan rapi lebih awal iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum bermulanya pertandingan. 

“Usaha lebih awal akan membentuk pasukan yang kuat tahun depan. Kami sedia bantu persatuan dalam apa bentuk sekali- pun,” katanya.

Mohamed menjelaskan, pendakian ke Cameron Highlands dan Genting Highlands pada perlumbaan peringkat ke-4 serta ke-5 LTdL 2011 sebenarnya bertujuan untuk memberi dimensi baru kepada kelangsu- ngan (survival) pasukan lebuh raya kebangsaan Malaysia.

“Selama ini ramai mempertikaikan kredibiliti pasukan lebuh raya yang dikatakan jauh berbeza daripada pelumba trek. Saya akur dalam perkara ini. 

“Justeru, percaturan pada perlumbaan peringkat ke-4 dan ke-5 memberi peluang kepada barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan Malaysia untuk mencari strategi bagi memantapkan barisan pendaki,” katanya.

Pasukan kebangsaan Malaysia terpero- sok ke tempat ke-14 klasifikasi pasukan keseluruhan tahun lalu selepas berakhirnya cabaran pendakian Genting Highlands biarpun beberapa hari menghuni kelompok lima pasukan teratas.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai persiapan edisi ke-16 LTdL 2011 yang akan kembali memulakan cabaran di Pulau Langkawi pada 23 Januari tahun depan, beliau menjelaskan, persiapan kini berjalan lancar khususnya perbincangan dengan semua pihak di peringkat negeri khususnya Perlis, Perak, Melaka dan Pahang.

“Setakat ini, kita menjangkakan LTdL 2011 akan mendapat sentuhan diraja di Perlis dan Perak. Kita sedang merancang- kan perkara ini dengan pihak Kerajaan Negeri Perlis dan Perak. 

“Doa saya agar semua perbincangan berjalan lancar sebagaimana yang diran- cangkan oleh semua pihak,” katanya.

Mohamed juga menjelaskan, pengurusan LTdL juga akan mengadakan promosi kayuhan praacara LTdL 2011 yang dikenali sebagai ‘Yellow Ride’ melibatkan lapan peringkat bermula pada 26 Disember ini di Bandaraya Melaka Bersejarah diikuti 1 Januari 2011 di Sitiawan, Cameron Highlands (2 Januari); Putrajaya (8 Januari), Nilai (9 Januari), Kuala Lumpur (15 Januari), Butter- worth (16 Januari) dan Langkawi (22 Januari).

Katanya, kayuhan ‘Yellow Ride’ di Bandaraya Melaka Bersejarah akan diikuti oleh pertandingan Grand Prix (GP) Kebangsaan Siri Akhir iaitu perlumbaan sehari (one- day- race) yang juga merupakan sebahagian daripada acara promosi LTdL 2011.

Pelumba Selangor, Sarham Miswan masih menjadi pendahulu mata keseluruhan GP Kebangsaan selepas berakhir cabaran di Kedah, Johor, Terengganu dan Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan