
TIM HEMMES (kanan) menggunakan
tangan robotik dalam ujian yang diadakan di Pusat Perubatan Universiti
Pittsburgh di Pittsburgh pada 21 September lalu. - AP
PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki lumpuh dapat
kembali memberikan sentuhan dan menyuap makanan sendiri dengan
menggunakan sebuah tangan robotik kawalan minda yang dipasang pada
kerusi rodanya.
Kehilangan fungsi tangan dan kaki dalam satu kemalangan motosikal
sejak tujuh tahun lalu, lelaki berkenaan Tim Hemmes, 30, merupakan
antara segelintir individu yang berpeluang menggunakan tangan bionik itu
selama sebulan.
Tangan canggih itu dibina oleh beberapa penyelidik Universiti
Pittsburgh, negeri Pennsylvania untuk satu eksperimen perintis dikenali
sebagai Braingate.
Dilengkapi jari bersendi yang berfungsi seperti jari manusia, tangan
robotik itu disambungkan pada cip yang ditanam di dalam otak manusia.
Cip berkenaan berfungsi untuk menukarkan isyarat-isyarat elektrik yang dikeluarkan oleh otak kepada gerakan motor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan