Projek astronomi terbesar di dunia

SEBUAH kenderaan pada Jumaat lalu membawa antena yang akan ditempatkan di gurun Atacama, Chile.
SANTIAGO, Chile - Projek astronomi yang terbesar di dunia kini sedang
berjalan di gurun Atacama di Chile yang terletak 1,500 kilometer dari
sini.
Apabila ia siap dibina, ia mengandungi 66 antena ketepatan tinggi yang akan berfungsi sebagai sebuah teleskop.
Projek itu melibatkan kerjasama dari Eropah, Amerika Utara dan Asia Timur selain Chile.
Ia akan digunakan sepenuhnya pada 2013.
Apabila siap sepenuhnya, ia akan mampu menemui galaksi yang sebelum
ini tidak dapat dilihat bagi tempoh setiap tiga minit. - Agensi
HASILNYA...
Imej galaksi sejauh 70 juta tahun cahaya
![]() |
IMEJ pertama yang dirakamkan oleh sebuah teleskop
berkuasa tinggi di gurun Atacama, Chile kelmarin menunjukkan satu pasangan galaksi yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi. |
SANTIAGO, Chile - Sebuah teleskop yang berkuasa tinggi merakamkan
gambar galaksi buat kali pertama kelmarin dari gurun Atacama, Chile.
Ia merupakan projek astronomi terbesar di dunia melibatkan Kanada, Chile, Kesatuan Eropah, Jepun, Taiwan dan Amerika Syarikat.
Imej pertama itu dirakamkan oleh 12 daripada 66 radio teleskop yang dipasang di gurun berkenaan.
Satu gambar yang dirakamkan teleskop itu menunjukkan satu pasangan
galaksi yang berlingkar dalam buruj Corvus yang terletak sejauh 70 juta
tahun cahaya dari Bumi. - AFP
-----------------------------------------------------------------------------------------
Apakah Galaksi?
Galaksi merupakan kumpulan bintang-bintang yang terdapat dalam Alam Semesta. Galaksi dalam mana sistem suria, iaitu bumi dan matahari berada di dalamnya dikenali sebagai Bima Sakti.
Bintang-bintang sentiasa wujud secara berkelompok yang dikenali sebagai galaksi, bersama-sama dengan gas, debu antara najam, dan "jirim gelap"; sekitar 10-20% dari galaksi terdiri daripada bintang, gas, dan debu. Galaksi dikekalkan bersama oleh tarikan graviti dan komponen galaksi mengorbit satu pusat. Terdapat bukti bahawa lubang gelap mungkin wujud di pusat sebahagian, atau kebanyakan, galaksi. Galaksi terbentuk dari protogalaksi.
Perkataan galaksi dalam bahasa Inggeris galaxy diambil dari nama galaksi kita , Bima Sakti ( Milky Way ), menggunakan perkataan Yunani gala (umumnya galaktos) bererti susu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan