
BEBERAPA orang melihat basikal yang
ditempatkan di sebuah kawasan di New York pada Khamis lalu dalam satu
ujian sistem perkongsian basikal.
NEW YORK - Satu demonstrasi berhubung sistem perkongsian basikal dilakukan di bandar raya ini pada Khamis lalu.
Sistem perkongsian itu dikendalikan oleh pihak Perkongsian Basikal
Alta yang menenangi kontrak daripada pihak pengurusan bandar raya ini
untuk meletakkan 10,000 buah basikal di lebih 600 stesen di Manhattan
dan sebahagian Brooklyn.
Ia akan bermula pada tahun depan.
Basikal itu akan digunakan oleh orang ramai dan kos pengurusan sistem
tersebut dibiayai menerusi penajaan dan yuran kos rendah. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan